UNGA 77 | Hapus kuasa veto majlis keselamatan – PM

2022-09-24 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya kuasa veto dalam majlis keselamatan dihapuskan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat kembali kepada landasan penubuhannya.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di New York, beliau menegaskan bahawa kuasa veto menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap majlis tersebut.